Thursday, February 7, 2013

Kesilapan Kerap Wanita Tentang Aurat

Peringatan kpd diri sendiri khusus nyer. :)

Kesalahan pertama :
Aurat itu adalah memakai tudung sahaja

Kesalahan ke2 :
Bertudung tapi ber't-shirt' lengan pendek

Kesalahan ke3 :
Bertudung tapi baju kebarungnya terbelah kainnya

Kesalahan ke4 :
Bertudung tapi bajunya sendat, sempit & nipis lalu memaparkan bentuk kawasan kawasan mudah 'menggoda'

Kesalahan ke5 :
Bertudung tapi amat longgar & menayangkan jambul & hujung rambutnya.

Kesalahan ke6 :
Bertudung tapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya & sebagainya.

Kesalahan ke7 :
Bertudung tapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.

Kesalahan ke8 :
Bertudung tapi dengan tudung yg amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk & dadanya.

Kesalahan ke9 :
Bertudung tapi manaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

Kesalahan ke10 :
Bertudung & sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

Semoga sama sama kte melakukan perubahan. :)

No comments: