Friday, March 18, 2011

40 KES LELAKI TIDAK LAYAK JADI SUAMI

RENUNG-RENUNGKAN..

>   1. Sepanjang pertunangan, dia tidak pernah ajak berbincang cara nak
>   bentuk keluarga solehah. Tetapi, asyik fikir mana nak bulan madu. Nak
>   buat teknik macam2. Saya putuskan pertunangan kerana merasakan dia
> tidak  boleh bimbing saya soal agama
>
>
>   2. Malam pertama saya berendam airmata kerana suami melarikan diri
>   selepas akad nikah. Dia bergaduh dengan ibubapa saya kerana soal wang
>   hantaran dan mas kahwin.. Malam itu, dia keluar kononnya nak pergi beli
>   rokok, tetapi sampai subuh tak pulang. Kami bercerai 3 bulan kemudian.
>
>
>   3. Selepas 3 bulan nikah baru saya berpeluang ikut suami yang bertugas
> di   Sabah. Saya hairan tengok rumahnya nampak kemas dan berhias
>   cantik.Apabila saya gelidah satu almari di bilik tetamu, penuh baju
>   perempuan.Puas ditanya baru dia mengaku selama ini dia duduk serumah
>   dengan kekasihnya. Saya lari balik Semenanjung. Dia tidak pujuk. Lepas
>   pantang saya terima surat cerai. Dia tidak pernah tahu macam mana rupa
>   anaknya..
>
>
>   4. Beli cincin pertunangan duit saya, belanja hantaran pun duit
>   saya.Sekarang duit ansuran rumah, kereta, susu anak, belanja dapur
> semua  di bahu saya. Dia cuma beri "benih" sahaja.
>
>
>   5. Suami mahu anak ramai dan tidak benarkan saya makan pil. Tetapi,
> belum   pernah sekali pun dia mahu bangun malam buat susu anak/tukar
> lampin.  Kalau alasan penat di pejabat, saya pun bekerja juga.
>
>
>   6. Bapa tak pernah mengajar saya sembahyang dan puasa. Suami pun sama
>   juga. Terpulanglah kepada saya nak dalami ilmu agama sendiri.
>
>
>   7. Ramai menuduh saya jahat apabila bercerai dahulu. Bekas suami
> memang  nampak warak, tetapi siapa pun tidak tahu saya merana kerana suami
> mahu seks tiap2 malam dan suka liwat saya.
>
>
>   9. Suami tetap 'mahu' walaupun ketika saya datang bulan. Jika tidak
>   dituruti dia mengancam mahu cari perempuan lain.
>
>
>   10. Saya dipukul suami ketika mengandung anak kedua dahulu kerana saya
>   tidak mahu beri dia duit yang saya kumpul untuk belanja bersalin. Dia
>   penganggur dan gila main muzik sahaja. Duit tu dia nak beli gitar.
>
>
>   11. Bekas suami saya dahulu memang kacak, kaya dan berkedudukan.
> Namun, saya lebih rela bercerai kerana dia ketagih hubungan seks sesama
> jenis.  
>
>
>   12. Saya rasa benar-benar terhina kerana suami mengabaikan keluarga
>   apabila asyik bercinta dengan "maknyah".
>
>
>   13. Hancur hati saya apabila terserempak suami memakai coli dan seluar
>   dalam saya. Rupa2nya dahulu dia "maknyah" dan berkahwin dengan saya
>   kerana menuruti kehendak emaknya.
>
>
>   14. Suami tidak pernah azan atau qamatkan kedua-dua anak kami sebaik
>   sahaja dilahirkan dahulu.
>
>
>   15. Suami tidak mengaku anak lelaki bongsu zuriatnya, walaupun muka si
>   anak 99.9% muka dia. Semua kerana suami cemburu sangat pada bos saya.
>   Biarlah dia terus menfitnah saya kalau itu memberi kepuasan kepadanya.
>
>
>   16. Saya dah tak larat menasihati suami supaya sembahyang. Bulan puasa
>   dia suruh saya masak macam biasa. Anak2 keliru melihat gelagat bapa
>   mereka. Saya didik lain, si bapa tunjuk "contoh" lain.
>
>
>   17. Apabila marah, suami suka mengungkit setiap sen yang dibelanjaa
> untuk   saya, sampaikan tambang haji saya ke Makkah yang dia bayarkan 3
> tahun  dahulu masih terus diungkit setiapkali bergaduh.
>
>
>   18. Suami tetap mahu saya masak macam biasa, hubungan seks 2-3 x
> seminggu  dan rumah tidak boleh bersepah... walaupun saya sedang sarat
> mengandung. 
>
>
>   19. Setiap kali mengandung, pandai2lah saya berjimat cermat untuk
> belanja  bersalin. Apabila dah sampai waktu nak beranak, kemas kain baju
> sendiri,  tahan teksi, pergi hospital sendiri. Jika nasib baik, suami
> jemput,
> kalau  tidak pandai2lah saya balik rumah dengan anak.
>
>
>   20. Memang saya bengkak kerana suami sanggup memaki hamun saya depan
> anak kerana tidak memandu berhati2 sehingga kemalangan dan merosakkan
> kereta kesayangannya.
>
>
>   21. Siapa tidak sayang emak. Tetapi, saya tidak boleh tahan kalau
> suami sanggup bergolok-bergadai semata2 mahu penuhi hajat emaknya yg
> berselera  besar. Duit gajinya tak pernah cukup sebab bayar hutang kad.
> Terpaksalah saya menyara anak2.
>
>
>   22. Kalau anak nak minta duit beli buku sekolah, suami asyik kata
> 'takde duit'. Kalau nak beli joran dan umpan, ada pula. Saya perhatikan
> saja
> gelagat. Nak tengok sampai setakat mana 'lemaknya'.
>
>
>   23. Suami gila beli nombor ekor. Biasanya, dia suka tulis angka
>   1-10,letak di dalam mangkuk buat cabutan. lepas tu kalau ada nombor yg
>   mengena, 2-3 hari tak keluar bawak teksi.
>
>
>   24. Tabiat suami saya memang pelik. Kalau ada masalah saja mesti cari
>   bomoh, lepas itu tanam macam2 jenis tangkal, mesti dia nak pergi
>   'bersangkak'.
>
>
>   25. Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji
>   nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya
> digadaikan.  Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami
> dibaling  tahi.
>
>
>   26. Ketika bapa meninggal dunia dulu, baru kami tahu dia ada 3 isteri
>   lain dan anak masih kecil. Rupa2nya selama ini emak tahu arwah suka
>   kahwin cerai di merata2 tempat. Emak tidak peduli, asal arwah tidak
>   menganggu hidupnya.
>
>
>   27. 3-4 bulan suami 'hilang' itu perkara biasa. Kadang2 sampai
> setahun.  Saya tak perlu cari kerana tahu mesti dia di Serenti. Biasanya,
> dia
> kena  'serkup' waktu tengah tarik ganja dengan kawan2.
>
>
>   28. Anak ke-3 kami terencat sedikit. Suami penagih kronik dan sekarang
>   dah ada tanda2 HIV.
>
>
>   29. Suami saya memang warak. Sembahyang tak pernah tinggal. Tetapi,
> saya  tidak boleh tahan panas barannya. Kalau marah, habis dibaling
> barang2
> rumah. Kalau pukul, anak dibaling macam bola.
>
>
>   30. Pernah saya nasihat suami jangan suka terima rasuah. Dia degil.
> Mula2  cuma hamper, kemudian barang kemas. Akhir sekali duit berpuluh2
> ribu.  Apabila dia kena cekup polis saya nak kata apa? Terpaksalah saya
> sara
>   anak sementara dia di dalam penjara.
>
>
>   31. Sejak berniaga, suami gila karaoke. Kononnya nak rai pelanggan.
>   Kesudahannya dia yang sangkut dengan GRO Filipina di situ. Sekarang
>   perniagaanya lingkup dan dia dah ikut perempuan Filipina tu balik
> negeri.  Dengar khabar dah dapat anak luar nikah.
>
>
>   32. Dulu hidup kami senang juga.. Tetapi, selepas suami kena buang
> kerja sebab ketagih dadah dan selalu ponteng kerja, terpaksalah saya kerja
> kilang nak sara anak2.
>
>
>   33. Kalau seronok beristeri muda, mengapa mesti nak banding2kan
> kehebatan si madu di ranjang dengan saya? Tak puas lagi menyakitkan hati
> saya  selama ini?
>
>
>   34. Kami memang miskin. Saya buat macam2 benda untuk tambah
> pendapatan. Jualan langsung, buat kuih, jual nasi lemak, jaga anak orang,
> upah
> sembat baju kurung. Suami saya lain pula ceritanya. Malam jadi "jaga"..
> siang
> dia kerja tidur atau melangut di kedai kopi.
>
>
>   35. Bab duit ringgit saya tak nafikan suami memang bertanggungjawab..
> Saya dapat banglo besar, kereta besar, belanja mewah. Tetapi jiwa saya
> kering.  Suami sayang anak, tetapi masih membiarkan saya melihat "gigitan
> cinta" perempuan lain di badannya.
>
>
>   36. Pakcik saya memang hebat sewaktu muda. Kacak, bijak dan kerja
> besar.  Isteri 2-3 orang, kekasih keliling pinggang. Anak ramai. Tetapi
> selepas pencen, dia papa kedana sebab duit KWSP habis bayar hutang.
> Kesudahannya, semua isteri minta cerai dan anak lenyap. Akhirnya dia mati
> seorang diri di katil hospital wad kelas tiga. Jenazahnya di urus abang
> saya dan pihak hospital.
>
>
>   37. Saya bekerja, suami bekerja. Tetapi, apabila pulang dari pejabat,
>   suami terus capai kunci motor besarnya, merambu dengan kawan2 macam
> orang muda... sampai tergadai Maghrib dan Isyak. Tinggallah saya di rumah
>   sorang diri terkial-kial menguruskan anak.
>
>
>   38. Walaupun sudah lama masuk Islam... mandi hadas? Saya masuk Islam
>   kerana mahu kahwin dengan suami. Tetapi dia tidak pernah sekali pun
>   beritahu saya perlu mandi hadas selepas bersetubuh atau datang bulan.
> Dia sendiri pun tak pernah buat.
>
>
>   39. Bagi saya perkahwinan sebenarnya lebih menguntungkan lelaki kerana
>   mereka dapat buktikan kejantanan kepada kawan2 apabila isteri hamil,
>   dapat pengurus tetap menjaga kain baju mereka, dapat tukang masak
>   percuma, dapat joli lebih sebab isteri juga bekerja dan bantu sara
>   keluarga serta dapat seks halal. Isteri dapat apa? Tugas bertambah dan
>   silap haribulan berendam airmata...
>
>
>   40. Selepas 15 tahun berkahwin, rasa2nya gelaran saya sudah berubah.
>   Dahulu 'isteri' sekarang 'pengurus anak-anak'. Hubungan dengan suami
> amat   dingin. Kami hanya bercakap pekara penting sahaja. Hubungan seks
> hanya  2-3 bulan sekali. Itupun saya yang 'terhegeh-hegeh' . Saya pelik
> benar
>   kerana dia bukan kaki perempuan dan memang confirm tiada isteri lain.


♥ Love..wawa ♥

2 comments:

gRiJeNeLiA... said...

tak kawin la aku cam ni wawa...trima kasih bab menakutkan aku ye=p

wawa(",)toink2 said...

hahaha..senget ajeh grija neh..ekekek~