Wednesday, September 9, 2009

Isyarat Benci Untuk Difahami

OLEH DR. HM TUAH ISKANDAR AL-HAJ

Setelah anda menghantar 10 sistem pesanan ringkas (SMS) tanpa mendapat sebarang balasan, anggaplah orang yg anda cuba hubungi itu telah tidak mengharapkan anda lagi dalam hidupnya. Anggaplah anda sudah tdak diperlukan lagi, maka binalah hubungan baru dengan orang lain. Pelihara maruah diri anda jgn sampai setiap mesej anda itu semakin menimbulkan kebencian orang.

10 mesej sudah cukup utk dijadikan ukuran. Berilah tempoh waktu selama sebulan, kalau2 phone org itu bermasalah @ taliannya mengalami gangguan. Seandainya selepas 10 mesej itu anda masih tidak menerima apa2 balasan, anggaplah dia sudah ‘membuang’ anda dari hidupnya.

Kita kena rasional dlm hal ini. Usah sampai nmpk terlalu terhegeh-hegeh sedangkan org sudah tidak seperti yg anda sangkakan. Usah buang masa terhadap org yg sudah membuang anda. Belajarlah menerima hakikat kalau dulunya anda dilayan dgn mesra tp sekarang tidak, bahawa org itu mahu memberi isyarat bahawa dia mahu anda pergi darinya.

Sedangkan pantai blh berubah inikan pula hati manusia. Anggap sj perhubungan telah tamat, anda tiada jodoh, itu sesungguhnya suratan. Tidak perlu merayu sbb merayu itu sgt buruk di mata org yg sudah tidak sudi.

Apabila SMS pun tidak berjawab @ mengambil ms yg lme utk dijawab, panggilan jg tidak diangkat hingga 10x, itu semua adalah isyarat yg lbh jelas utk menyatakan bahawa anda disingkirkan.

Kembalilah berpijak di bumi yg nyata bahawa sudah smpai ms nya anda membina hidup baru. Merajuk pd yg sudi, merayu pd yg syg; andainya merajuk dan merayu sudah tidak dipeduli maka itulah saatnya utk berangkat pergi.

4 comments:

Anonymous said...

ikut petua ni atau tak..bukan jadi hal...
asalkan hati tidak menipu diri sendiri..
cakap..semua orang boleh cakap...kan..

soalnya pada ketulusan hati...
tepuk dada tanya selera..

Dr.

Dwan said...

bagus..by ske post yg nih..hmm..lama by x singgah kat blog ni..tp by ske, bia bdk tu phm sket..

wawa(",)toink2 said...

sk jgk, sk jgk..
Luv u by..hehe..
ttba plak kn..haha..=p

Dwan said...

hehe..mesti la..
syg wawa jgk..
luv u more syg.. ;)